Fazura Sayu Teringat Tan4h Svci – “Teringin S4mpai Masa Nanti Diizinkan Allah Menunaikan Haji Pula..”

Esok umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha dan ramai yang sudah mula mengimbas kembali kenangan ketika berada di tanah suci, Mekah.

Pelakon cantik, Nur Fazura juga tidak ketinggalan berkongsi rasa rindu untuk menjejakkan kaki di Mekah dan Madinah.

Memuat naik hantaran penuh emosi malam tadi, Fazura mengimbas kembali kenangan ketika menunaikan umrah bersama ahli keluarganya sebelum pandemik Covid-19 melanda dunia.

“Siapa rasa rindu sangat ke tanah suci Makkah Al-Mukarramah dan Madinah Al-Munawwarah?

“Bila teringat, tengok gambar, dengar talbiyah.. sayu teramat rasa hati. Syukur ya Allah atas kesempatan terakhir sebelum pandemic untuk menunaikan ibadah umrah bersama my sisters dan suami, sebelum saja juga Faz dan @fattahaminz dikurniakan zuriat tersayang kami, Fatima.

“Umrah masa tu rasa cukup luar biasa, penuh ketenangan dan kesyukuran. Mungkin sebab rasa banyak sangat dosa masa tu, selalu rasa banyak dosa. Harap selalu saja juga rasa banyak dosa,” tulisnya.

Menerusi hantaran sama, Fazura turut menyatakan keinginan untuk menunaikah haji dan berdoa agar dapat memperbaiki diri.

“Teringin sampai masa nanti diizinkan Allah untuk menunaikan haji pula. Doa di kesempatan ini, moga banyak dapat Faz perbaiki.

“Amalan, akhlak dan segala niat dalam diri. Doa Faz juga buat semua yang belum berkesempatan, akan dipermudahkan ke tanah suci lagi diberkati…InshaAllah, mudah-mudahan, Amin,” katanya.

Ibu kepada Nur Fatima Aisya itu juga turut mengucapkan selamat berpuasa hari Arafah kepada mereka yang menunaikannya hari ini.

“Selamat menunaikan ibadah puasa hari Arafah, 9 Dhulhijjah 1442 pada keesokan hari. Semoga Allah SWT mengampunkan segala kekhilafan kita dan memberikan rahmat, petunjuk serta keredhaanNYA…Sayang semua kerana Allah,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber:Gempak

Be the first to comment on "Fazura Sayu Teringat Tan4h Svci – “Teringin S4mpai Masa Nanti Diizinkan Allah Menunaikan Haji Pula..”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*