[Video] Minta Kawan Tolong Print Gambar, Hasilnya Pula Undang Ketawa

Biasanya dalam ramai-ramai kawan, pasti akan ada seorang kawan yang selalu menjadi penghibur dan melakukan perkara yang menghiburkan ramai. Sama macam situasi yang dikongsikan ini apabila rakan mereka telah mencetak gambar yang diminta dalam saiz yang di luar jangkaan.

Biasanya, gambar atau kad pengenalan dicetak dalam saiz normal yang sesuai untuk dibawa ke temu duga dan sebagainya. Namun lain pula yang berlaku pada gadis ini apabila rakan mereka mencetaknya dengan saiz yang lebih besar dari biasa.

Di dalam video yang dikongsikan ini, gadis ini telah meminta rakannya untuk mencetakkan dokumen yang diperlukan. Tetapi dia tidak menyangka rakannya itu akan melakukan sesuatu di luar jangkaan dengan mencetaknya dengan saiz yang besar.

Sebaik saja menerimanya, gadis itu tidak dapat menahan ketawanya apabila melihat dokumen yang dicetaknya itu. Lebih melucukan, kesemua gambar dan kad pengenalannya dicetak dengan saiz yang besar mengalahkan poster di jalan.

print gambar

Malah ada yang menyangka gambar pasportnya itu seperti poster berkaitan orang hilang yang selalu dilihat di jalan. Tidak cukup dengan itu, kad pengenalan gadis itu juga turut dapat dibaca dari jauh memandangkan saiznya yang besar.

Di ruangan komen, netizen turut sama berdekah melihat gambar yang dicetak oleh rakannya itu. Ada juga yang berseloroh ianya kelihatan seperti poster tentang orang yang dikehendaki oleh pihak polis sahaja.

“Dah macam poster orang hilang…”

minta kawan

“Dari 500 meter pun masih boleh baca.”

gambar

“Dah lah gambar hitam putih. Tinggal letak frame je, perangai betul kawan tu pun.”

komen

“Macam nak buat poster orang hilang…”

tik tok

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : HCL

Be the first to comment on "[Video] Minta Kawan Tolong Print Gambar, Hasilnya Pula Undang Ketawa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*