‘Suami men4ngis depan saya, dia takut ditingg4lkan’-Datin Rebecca Nur Al Islam

Kuala Lumpur: “Saya mohon kerajaan untuk laksanakan ‘total lockdown’. Kalau tidak semakin ramai yang akan mati, jatuh sakit serta kehilangan insan tersayang,” rayu pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam terhadap kerajaan bagi membendung penularan Cov1d-19 di negara ini.

Rebecca pada sesi siaran langsung di Instagram gagal menahan air mata ketika berkongsi detik paling mencemaskan sewaktu suaminya, Datuk Norazam Sulaiman secara tiba-tiba sesak nafas dan dikejarkan ke hospital, semalam.

Rebecca berkata, apa yang paling menyedihkan adalah ketika menghubungi lebih 20 hospital ibu kota dan Selangor tiada satu pun mahu menerima suaminya yang memerlukan bantuan oksigen dengan segera susulan kepadatan pes4kit posit1f Cov1d-19.

“Saya terpaksa tinggalkan kesemua anak-anak yang posit1f Cov1d-19 buat sementara waktu kerana perlu menemani suami yang dalam keadaan kritikal semalam. Sebaik tiba di sebuah hospital swasta, kami diberitahu perlu menunggu giliran kerana jumlah pesakit yang ramai dan padat.

“Percaya atau tidak, saya dan suami perlu menunggu hampir dua jam di tepi jalan di dalam ambulans. Saya juga akui ada satu kedegilan apabila seboleh mungkin tidak mahu membawa suami ke hospital kerajaan atau Pusat Kuarantin dan Rawatan Cov1d-19 Bersepadu (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang kerana saya amat takut jika keadaan suami akan bertambah teruk selepas melihatkan situasi di hospital swasta yang cukup menakutkan.

“Sementara menunggu giliran untuk suami saya menerima rawatan di hospital itu, saya teringat ada sahabat memberitahu terdapat hotel di ibu negara yang menjadi Pusat Kuarantin Risiko Rendah Swasta (PKRCS) kendalian klinik swasta.

“Jadi saya terus membawa suami untuk mendapat alat bantuan oksigen kerana keadaannya sangat kritikal. Alhamdulillah, suami saya akhirnya menerima bantuan oksigen namun doktor memaklumkan dia kini berada di tahap 4 Cov1d-19,” katanya.

Menurut Rebecca, suaminya kini menerima rawatan di sebuah pusat perubatan swasta di sini selepas menerima panggilan sekitar jam 10.30 malam, semalam.

“Ketika mendapat panggilan telefon pusat perubatan di sini yang memaklumkan seorang pes4kit Cov1d-19 dibenarkan pulang selepas keadaanya stabil, saya terus membawa suami ke hospital berkenaan.

“Ketika berada di wad kecem4san hospital terbabit, saya sangat sedih apabila melihat suami saya buat pertama kali menangis di depan saya. Dia beritahu dia tak sanggup dan minta jangan tinggalkannya.

“Berkali-kali dia cakap yang dia takut dan mohon saya berada di sampingnya. Namun saya diberitahu yang saya tidak boleh menemani suami di hospital kerana dia akan ditempatkan di wad yang lebih ketat kerana keadaannya yang sudah berada di tahap 4 ke 5.

“Selepas selesaikan urusan suami, saya tiba di rumah sekitar 5 pagi tadi. Alhamdulillah setakat hari ini anak-anak semua tidak demam cuma dua pembantu saya kini perlu dibawa ke hospital,’katanya.

Tambah Rebecca, selepas menjalani ujian saringan Cov1d-19 dia mengambil keputusan untuk menjalani kuarintin di rumah berbanding ke pusat kuarintin susulan jumlah pes4kit Cov1d-19 yang semakin ramai dan keadaan pusat kuarintin yang padat.

“Selepas saya, suami, kesemua anak-anak dan pembantu rumah disahkan posit1f Cov1d-19, kami bersepakat untuk menjalani kuarintin di rumah. Saya agak takut untuk membawa anak-anak dan pembantu ke pusat kuarintin kerana setahu saya keadaan di sana sangat padat.

“Justeru saya mohon kepada kerajaan untuk rasalah apa yang rakyat hadapi sekarang. ‘Total lockdown’ kena dilaksanakan. Sesungguhnya penyakit ini sangat bahaya dan jahat,” katanya.

Sebelum ini, Rebecca berkongsi berita mengenai keluarganya termasuk tiga pembantu rumah disahkan positif Covid-19, pada 8 Julai lalu.

PERKARA yang paling ditakuti akhirnya terjadi!

Begitulah nasib yang menimpa pelakon Datin Rebecca Nur Al-Islam apabila tujuh anggota keluarga serta tiga pembantu rumahnya disahkan posit1f Cov1d-19 pada Khamis.

Selain suaminya iaitu Datuk Nor Azam Sulaiman, enam orang anak mereka iaitu Nor Khayrin, Nor Adam Daniel, Nor Anggun Raverra, Nor Aliff Al Raffael, Nor Ahmet Al Reaggan, Nor Aurora Riana antara yang turut dijangkiti virvs berkenaan.

Rebecca berkongsi perkara itu di Instagram.

Bagaimanapun, aktres berusia 35 tahun ini berkata, dia dan dua orang lagi anaknya iaitu Nor Arif Qayyum dan Nor Anggerik Renesmee dis4hkan neg4tif.

“Keluarga kami diser4ng peny4kit Cov1d-19.. dalam keluarga kami yang positif, suami saya, enam orang anak kami dan tiga orang pembantu rumah.

“Saya sangat sedih sekarang ini dan terlalu berdukacita. Tapi apa-apa pun, saya bersyukur, Alhamdulillah diri saya sendiri negatif.

“Selain saya, dua orang lagi anak saya negatif termasuklah pakcik Nasir, tukang kebun dan tiga orang lagi pembantu rumah yang lain, ” kata Rebbeca.

Saya tahu suami saya kuat… Insya-Allah.

Pemilik nama Rebecca Nur Al-Islam Ahmad itu berkongsi berita sedih tersebut menerusi laman Instagram miliknya pada Khamis.

Rata-rata netizen dan rakan selebriti turut mendoakan Rebecca kuat serta ahli keluarganya yang dijangkiti vir.us tersebut cepat sembuh.

Bagaimanapun usaha mStar untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut gagal apabila aktres tersebut tidak menjawab mesej.

Sementara itu Rebecca menambah, keadaan kesihatan suaminya terjejas teruk akibat virus berkenaan berbanding anak-anak dan pembantu rumahnya.

Rebecca turut memohon maaf kepada mana-mana pihak yang menjadi kontak rapat keluarganya dan berharap mereka melakukan ujian calitan dengan segera.

“Apa yang boleh saya katakan buat masa sekarang ini, tolong doakan untuk kami sekeluarga. Lebih-lebih lagi kepada suami saya yang teruk sedikit daripada yang lain.

“Saya tahu suami saya kuat… Insya-Allah. Minta maaf jika ada kontak rapat yang terdekat dalam masa tujuh hari ke belakang. Saya harap anda cepat-cepat buat ujian calitan.

“Doa anda semua, saya perlukan. Terima kasih dan minta maaf daripada kami sekeluarga, ” katanya.

Untuk rekod, Rebbeca mendirikan rumah tangga dengan suaminya pada 2011 dan mereka dikurniakan lapan cahaya mata termasuk dua orang anak angkat.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber:http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment on "‘Suami men4ngis depan saya, dia takut ditingg4lkan’-Datin Rebecca Nur Al Islam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*