Selepas berhari2 mempertahankan kenyataan pedasnya terhadap golongan susah, Dato Vida tampil bagi ayat ini

SETELAH berhari-hari mempertahankan kenyataan pedasnya terhadap golongan yang mengharapkan bantuan menerusi inisiatif bendera putih, Datuk Seri Vida akhirnya mengakui ia adalah salah satu strategi untuk membuka mata masyarakat.

Menurut usahawan kosmetik itu, dia terpaksa menggunakan kata-kata yang agak kasar demi memberi kesedaran kepada orang ramai supaya mula mencari jalan keluar daripada masalah ekonomi.

Tegas Vida atau Datuk Seri Hasmiza Othman, 50, sebagai ibu semestinya dia juga memahami kepayahan yang dihadapi orang ramai ketika pandemik Covid-19 masih berlarutan.

“Saya cakap begitu supaya orang sedar. Semua orang ada anak, ada keluarga… saya pun ada.

“Ingat saya ni tak ada belas kasihan? Ingat saya ni orang kaya sombong dan bongkak yang tak ada belas kasihan kepada orang yang meminta? Jawapannya tentulah tidak.

Dua anak Vida iaitu Cik B dan Kacak turut aktif menghulurkan sumbangan kepada orang yang memerlukan.

“Biar orang mula terasa supaya mereka terus bergerak ke arah positif, kita kena usaha sampai berjaya,” katanya.

Sejak minggu lalu Vida menjadi buah mulut ramai apabila dikatakan tidak sensitif apabila menyifatkan mereka yang mengangkat bendera putih ini kurang berusaha dan malas mencari pendapatan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tambah Vida lagi, orang ramai seharusnya berfikiran realistik dan memahami bahawa bantuan yang diberikan banyak pihak pada ketika ini adalah bersifat jangka pendek.

Tak ada niat saya untuk riyak walau sebesar zarah sekalipun dan tiada niat nak menyombong.

Justeru dia berharap masyarakat tidak putus asa dan terus memikirkan sesuatu demi masa depan diri sendiri dan keluarga.

“Takkan la saya boleh nak bagi apabila ada orang minta diaper dan susu? Saya boleh beri apa yang diminta.

“Saya boleh bagi diapers sampai 10 pek… tapi hanya boleh tahan dua tau tiga bulan.

Datuk Seri Vida turun padang hulurkan bantuan kepada keluarga terjejas.

“Kena faham isu pandemik ini akan berlarutan, tak tahu bila nak pulih jadi sebab tu kita kena terus usaha, ” katanya.

Bagaimanapun Vida berkata dia memohon maaf jika kata-katanya sebelum ini menyinggung hati banyak pihak.

“Saya tak bermaksud untuk menyakitkan hati anda. Tolong sampaikan kepada mereka yang terasa dengan kata-kata saya itu, niat saya satu… kerana Allah.

“Tak ada niat saya untuk riyak walau sebesar zarah sekalipun dan tiada niat nak menyombong, ” katanya.

Vida suruh jual batu sungai, kongsi idea bisnes tanpa modal elak harap bantuan – “Ramai orang nak bertungku… asyik beranak”

SELEPAS teruk dihentam kerana kenyataannya melabel orang yang mengharapkan bantuan menerusi kempen ‘bendera putih’ sebagai pemalas, usahawan kosmetik DatuK Seri Vida akhirnya tampil memberi idea bisnes tanpa modal.

Menurut Vida atau Hasmiza Othman, 50, orang ramai perlu menggunakan kreativiti masing-masing bagi memulakan perniagaan yang diyakini berupaya menjana pendapatan.

“Mungkin anda tengok batu sungai tak ada nilai, tapi bagi saya sebagai usahawan ia sangat bernilai.

“Pergi ambil batu sungai yang elok dan jual… sekarang ni ramai yang beranak dan nak bertungku, ” katanya kepada mStar.

Baru-baru ini Vida menerusi video di TikTok berkata mereka yang mengharapkan bantuan menerusi inisiatif ‘bendera putih’ adalah pemalas kerana enggan berusaha.

Ujar beliau pelaksanaan PKP ketika ini bukan alasan orang masyarakat di negara ini terus menerus menagih simpati tanpa berusaha.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment on "Selepas berhari2 mempertahankan kenyataan pedasnya terhadap golongan susah, Dato Vida tampil bagi ayat ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*