Gelagat Mak Melayan Anak Cuba Mengorat Jiran Sebelah Raih Perhatian

Hubungan yang baik di antara mak dan anak mungkin adalah sesuatu yang diidamkan oleh sesetengah orang. Macam gelagat mak dan anak ini yang mencuri tumpuan netizen baru-baru ini dengan telatah anak yang mencuit hati ini.

Menurut pemilik video yang juga mak kepada lelaki tersebut, anak lelakinya itu dikatakan cuba mengambil hati jirannya gara-gara telah terjatuh hati dengan anak daranya itu. Gelagat si ibu yang seronok melayan anaknya ini turut membuatkan ramai terhibur melihatnya.

Di dalam video yang dikongsikan ini, wanita tersebut telah meminta anak lelakinya itu menghantar laksa ke rumah jiran mereka. Sebaik saja mendengarnya, lelaki itu mula kelihatan teruja dan tidak sabar mahu menghantarnya.

Lebih mencuit hati, lelaki itu siap memakai kopiah sebelum menghantar makanan itu gara-gara ingin mengambil hati jirannya itu. Menurut ibunya, anak lelakinya itu sengaja mahu mengorat anak jirannya yang tinggal di rumah sebelah mereka.

Gelagat lelaki itu yang sibuk bersiap sedia sambil memakai kopiah turut membuatkan si ibu berdekah melihatnya. Malah dia sempat berseloroh anaknya itu sebagai hipokrit gara-gara mengubah penampilannya itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terhibur melihat gelagat ibu dan anak ini. Ada juga yang memuji sikap sporting si ibu dalam melayan kerenah anaknya itu.

“Bestnya ada mak macam ni…”

“Mak sporting.”

“Ada ura-ura bau nasi minyak ni.”

“Pakai kain pelekat patutnya.. lagi ngam.”

 

Sumber:tik tokhttps://himpunanceritalawak.com/

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment on "Gelagat Mak Melayan Anak Cuba Mengorat Jiran Sebelah Raih Perhatian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*