Rindu Nak Pakai Tudung SemuIa, Uqasha Senrose Akui PerIu lstiqomah DahuIu

Bertudung itu tidak wajib tetapi menutup aurat merupakan perkara utama yang disuruh dalam agama Islam.

Sebelum ini, selebriti Uqasha Senrose pernah dikecam teruk akibat mengambil keputusan untuk membuka tudung selepas tiga tahun mengenakan hijab.

Namun nampaknya kini Uqasha seperti memberi hint bahawa beliau mempunyai niat untuk berhijab semula menerusi video baharunya di aplikasi TikTok.

Menerusi video berkenaan, Uqasha telah menggayakan jubah abaya labuh yang mana membuatkan beliau berasa berpuas hati dan terus mengatakan mahu berhijab semula.

“Bila pakai macam ni kan, rasa macam nak pakai tudung balik. Tapi tu lah kena istiqomah dulu, nanti kena kecam.”

Dalam masa yang sama, ramai yang menyokong niat baik pelakon berusia 29 tahun itu dan turut mendoakan supaya satu hari nanti beliau akan istiqomah dalam melakukan perubahan.

Kita doakan semoga semua urusan Uqasha tak kira dalam usaha untuk menutup aurat atau apa sahaja, dipermudahkan oleh Allah S.W.T.

Sumber foto dan video: TikTok Uqasha Senrose

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : hotfm

Be the first to comment on "Rindu Nak Pakai Tudung SemuIa, Uqasha Senrose Akui PerIu lstiqomah DahuIu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*