Instagram dilabel samp4h, Jasmin Hamid Mula Luah Rasa “Saya cuma semut merah”

Dramatis popular, Jasmin Hamid kecewa dengan sikap segelintir netizen yang sewenang-wenangnya melabelkan akaun media sosialnya sebagai sampah hanya kerana gemar mempromosikan drama lakonan sendiri.

Kata pemilik nama sebenar Jasmiah Abdul Hamid, 47, akaunnya bukanlah mempunyai ramai pengikut. Menerusi platform tersebut, dia cuma ingin berkongsi cerita perjalanan seninya sebagai pelakon.

“Salah ke bila saya promote (promosi) drama lakonan saya dan juga isu-isu semasa di media sosial saya sendiri?

“Ada orang kata media sosial saya kotor sebab penuh dengan drama promosi drama sendiri. Sedangkan artis antarabangsa pun gunakan platform media sosial mereka untuk promosi filem mereka serta isu semasa.

“Saya hanya artis Malaysia yang hanya sebesar kuman kalau nak dibandingkan dengan kemasyhuran mereka,” tulisnya menerusi satu hantaran Instagram.

Pada hantaran sama, Jasmin bersyukur dan menghargai golongan pengikut yang sentiasa menyokong karier seninya dan menganggap sokongan yang diberikan sebagai sumber kekuatan untuknya terus menapak dalam industri.

“Saya cuma semut merah. Tak punya apa-apa. Kalau ada pun, saya tak akan pamerkan harta dunia.

“Saya cuma nak pamerkan kerja-kerja saya sebagai pelakon dan kadangkala isu semasa sebagai rakyat Malaysia,” tulisnya lagi.

Meninjau pada ruangan komen, rata-rata rakan artis dan pengikut turut menitipkan kata-kata semangat buat Jasmin dan memintanya mengabaikan sahaja komen negatif berkenaan

Dalam pada itu rakan artis yang lain seperti Fasha Sandha, Sheila Hassan dan Amyza Aznan turut memberikan komen tentang postingnya itu dengan memberikan semangat untuk tidak menghiraukan mereka yang sentiasa memberikan komen negatif terhadap dirinya.

Berikut sedikit Info mengenai Jasmin Hamid

Jasmiah Abdul Hamid (lahir 15 September 1974) atau lebih dikenali sebagai Jasmin Hamid merupakan pelakon dan pelawak wanita Malaysia. Beliau mencipta nama pada era 1990an dan kini bergelar antara pelakon hebat yang masih aktif berlakon dalam banyak drama-drama komedi di negara ini. Selain popular dengan watak-watak komedi, beliau juga diakui hebat membawa watak-watak dramatik hingga beberapa kali dicalonkan untuk anugerah Aktres TV Terbaik. Kemuncak kerjaya Jasmin adalah pada tahun 1997 apabila beliau memenangi Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin 1997. Pada Mei 2019, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang daripada 10 pelakon senior Malaysia paling laris sepanjang zaman.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

sumber: kosmo/http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment on "Instagram dilabel samp4h, Jasmin Hamid Mula Luah Rasa “Saya cuma semut merah”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*