PKP: 440 Individu Dit4han lngkar SOP

KUALA LUMPUR – [DIKEMASKINI] Seramai 440 individu dit4han kerana !ngkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam dengan 435 dikenakan kompavn manakala lima direm4n.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keg4galan merekod butiran diri sebelum masuk ke premis merupakan kesal4han tertinggi yang direkodkan melibatkan 185 individu, diikuti tidak memakai pelitup muka (138), tiada penjarakan fizikal (15) dan 102 lagi atas lain-lain kesal4han.

Dalam pada itu, beliau berkata dua kenderaan darat dir4mpas dalam Operasi Benteng semalam, manakala 481 sekatan jalan raya turut diadakan.

Mengenai barang keperluan asas, Ismail Sabri berkata pemantauan serta pemeriksaan oleh anggota penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di peringkat peruncit dan pemborong mendapati bekalan makanan adalah stabil dan mencukupi.

“KPDNHEP juga telah melakukan 1,510 Pemeriksaan Khas Pematuhan SOP sepanjang PKP dan mendapati semua premis mematuhi SOP,” katanya dalam kenyataan mengenai PKP dan PKP Bersyarat (PKPB) hari ini.

Selain itu, Ismail Sabri berkata 514 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa semalam dengan kesemuanya telah dikuarantin di stesen-stesen kuarantin di seluruh negara. – Bernama

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : sinarharian

Be the first to comment on "PKP: 440 Individu Dit4han lngkar SOP"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*