Terlalu Kecewa, Sekali Nabila Ajak Ibu Bapa Berhenti Bayar Yuran Sekolah Penuh

KUALA LUMPUR, 19 Jan — Pelakon Nabila Huda meluahkan rasa kecewa apabila terpaksa membayar yuran penuh persekolahan anaknya sejak tahun lalu.

Nabila, 37, berkata tiada sebab untuk ibu bapa membayar yuran penuh apabila para pelajar hanya mengikuti pengajian secara dalam talian.

Jelas anak kepada penyanyi Amy Search itu, sudah tiba masa ibu bapa berhenti membayar yuran jika permasalahan itu tidak diselesaikan pihak berwajib secepat mungkin.

“Kepada semua ibu bapa, sudah tiba masa kita berhenti membayar yuran sekolah kalau tak ada siapa pun nak bantu kita selesaikan masalah yang sudah membelanjakan wang dari tahun lalu tetapi anak-anak hanya mengikuti pengajian secara dalam talian.

“Kelas secara dalam talian tetapi masih kena bayar yuran penuh. Tak logik langsung. Sekolah ditutup bukan ada pakai kemudahan cuma perlu bayar gaji guru. Kenapa kita nak kena terus membayar macam ini?” katanya di laman sosial, hari ini.

Pandemik C0vid-19 yang melanda negara menyebabkan kerajaan mengambil keputusan untuk mengadakan pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian sejak tahun lalu.

Susulan keadaan pandemik C0vid-19 masih berada di tahap membimbangkan, pembelajaran dalam talian diteruskan tahun ini termasuk pelajar yang memasuki darjah satu.

Sementara itu, Nabila turut meluahkan rasa gusar dengan pembelajaran anaknya, Keisha Laila Zaidi Zailani yang tidak lagi ke sekolah.

Justeru, Nabila sedang mencari guru peribadi yang dapat mengajar Keisha di rumah.

“Saya dah mula risau anak semakin membesar, banyak subjek yang tak belajar secara proper sebab kanak-kanak tidak berminat pun nak mengadap komputer riba.

“Pembelajaran dalam talian ini tidak 100 peratus sesuai untuk anak saya. Sudah tiba masa untuk belajar dari rumah…saya sudah tiada pilihan,” katanya lagi.

Sesi Persekolahan di Negeri PKP Ditangguh

PUTRAJAYA: Sesi persekolahan 2021 yang sepatutnya bermula 20 Januari ini ditangguhkan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama dua minggu bermula Rabu ini di enam buah negeri.

Kementerian Pendidikan dalam kenyataan berkata, bagi kawasan PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP), pengoperasian institusi pendidikan bawah Kementerian dan semua kategori Institusi Pendidikan Swasta (IPS) yang berdaftar termasuk sekolah antarabangsa adalah berdasarkan takwim institusi masing-masing.

Menurutnya, kumpulan pelajar itu di negeri PKP akan mengikuti pembelajaran melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) mengikut kesesuaian guru dan murid mulai 20 Januari ini termasuk murid Semester 2 Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Semester 2 DVM tahun 2020 di Kolej Vokasional.

Menurutnya, sesi persekolahan secara bersemuka hanya melibatkan murid yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), SVM, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) tahun 2020 dan 2021 serta peperiksaan antarabangsa yang setara.

“Murid sekolah berasrama penuh dan asrama sekolah harian yang akan menduduki peperiksaan tersebut dibenarkan pulang ke asrama mulai 16 Januari.

“Surat kebenaran khas akan dikeluarkan oleh pihak sekolah bagi membolehkan murid merentas negeri atau daerah untuk pulang ke asrama,” katanya di sini hari ini.

Kata kenyataan itu, semua guru hendaklah kembali ke stesen tempat bertugas masing-masing sebelum 20 Januari bagi tujuan pengoperasian sekolah.

Jelasnya, guru yang terlibat dengan peperiksaan SPM/SVM/SKM/STPM/STAM/DVM tahun 2020 dan 2021 di kawasan PKP perlu hadir ke sekolah untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka.

Surat kebenaran khas akan dikeluarkan oleh pihak sekolah bagi membolehkan guru merentas negeri atau daerah untuk hadir ke sekolah, katanya.

Bagi Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) ke Tingkatan 1, katanya, calon berdaftar yang masih belum menduduki pentaksiran ini akan mengikuti pentaksiran di antara 20 hingga 29 Januari ini.

“Sementara itu, bagi kemasukan ke Tingkatan 4 pula, pentaksiran akan diadakan di antara 15 hingga 25 Februari dan surat kebenaran khas akan dikeluarkan oleh kementerian bagi membolehkan calon merentas negeri atau daerah untuk hadir ke pusat pentaksiran yang ditetapkan.

“Pelajar Kolej Matrikulasi di kawasan PKP yang telah berada di kolej perlu kekal di kolej masing-masing untuk terus mengikuti pembelajaran secara hibrid,” katanya.

Dalam pada itu, Kementerian berkenaan menambah, bagi pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) di kawasan PKP, pengajaran dan pembelajaran bagi semua program pengajian akan dilaksana secara dalam talian mulai 17 Januari ini.

Di samping itu, katanya, semua tadika swasta yang berdaftar dengan kementerian boleh terus beroperasi secara bersemuka.

“Kementerian menyarankan agar semua ketetapan ini turut diikuti oleh sekolah-sekolah yang tidak berdaftar dengan kementerian, termasuk sekolah dibawah Kerajaan Negeri.

“Kementerian akan sentiasa mengambil langkah-langkah perlu selaras dengan Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah dalam Norma Baharu, Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Institut Pendidikan Guru dan Kolej Matrikulasi dalam Norma Baharu serta Prosedur Operasi Standard yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya.

Pemantauan pengoperasian institusi pendidikan akan dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan aspek kesihatan dan keselamatan semua warga institusi pendidikan sentiasa diutamakan, jelas kenyataan itu. -UTUSAN ONLINE

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://trendingsangat.pw/anak-belajar-secara-maya-sekali-nabila-ajak-ibu-bapa-berhenti-bayar-yuran-penuh/

Be the first to comment on "Terlalu Kecewa, Sekali Nabila Ajak Ibu Bapa Berhenti Bayar Yuran Sekolah Penuh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*