Siti Nurhaliza intip Hun Haqeem bercinta dengan Mira Filzah, sanggup tukar beberapa helai baju – “Ini perancangan sebelum saya berehat”

PENYANYI Datuk Seri Siti Nurhaliza membuat kelainan apabila membawa watak perisi1k dalam video muzik (MV) lagu terbaharu nyanyiannya berjudul Siapa Tak Mahu.

Menurut Siti, dia terpaksa mengenakan beberapa persalinan pakaian bagi menjayakan watak itu dan perlu memerhati gelagat pasangan bercinta yang dilakonkan oleh Mira Filzah dan Hun Haqeem.

“Penampilan saya di dalam video muzik ini agak berbeza kerana menjadi spy atau perisi1k dan memerhatikan gerak geri pasangan sedang bercinta.

“Pasangan itu dilakonkan oleh Mira Filzah dan Hun Haqeem. Dalam MV ini juga saya mengenakan beberapa persalinan busana mengikut karakter.

“Saya berharap lagu dan video muzik Siapa Tak Mahu akan sama-sama mendapat tempat di hati peminat dan ini merupakan di antara perancangan yang saya lakukan sebelum berehat supaya karya tetap berjalan,” katanya.

Hun Haqeem dan Mira Filzah muncul dalam MV lagu Siapa Tak Mahu.

MV lagu ciptaan Omar K, John Jeevasingham dan Ikhwan Fatanna itu dilancarkan pada Jumaat malam di saluran YouTube Siti Nurhaliza.

Pelancaran MV ini juga bertujuan untuk meneruskan promosi album ManifestaSITI2020 sewaktu Siti mengambil keputusan untuk berehat.

Sementara itu, rata-rata peminat mengakui teruja apabila mengetahui MV tersebut turut menampilkan pelakon Hun Haqeem dan Mira Filzah.

Hun yang sedang popular menerusi watak Jekfer dalam drama Kampung People 2 mengakui berbangga apabila diberi peluang muncul dalam MV berkenaan.

Siti Nurhaliza perlu mengenakan beberapa busana bagi menjayakan watak perisik.

“Perasaan saya terlalu gembira, teruja dan bangga sebab terbabit dalam muzik video ikon muzik tanah air.

“Macam tak percaya saya saya diberi peluang untuk bekerjasama dalam sebuah naskah nyanyian Datuk Seri Siti,” katanya.

Siapa Tak Mahu merupakan lagu ke-6 daripada album ManifestaSITI2020 selepas video muzik Anta Permana, Kasihku Selamanya, Terang, 7 Nasihat dan Aku Bidadari Syurgamu.

Universal Music Sdn.Bhd dan Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd selaku penerbit telah memberi kepercayaan kepada syarikat produksi, Zeel Production untuk menghasilkan video muzik Siapa Tak Mahu.

MV tersebut menceritakan mengenai ikatan dalam sesebuah perhubungan dan menerima sentuhan pengarah tersohor, Ghazi Maslan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Mstar/ Shakira Shakir

Be the first to comment on "Siti Nurhaliza intip Hun Haqeem bercinta dengan Mira Filzah, sanggup tukar beberapa helai baju – “Ini perancangan sebelum saya berehat”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*