Da’i Wan Dimar4h Bini – “Layak Sekali Ditegur, Biar Sedar”

WALAUPUN amalan beratur lebih kepada common sense, namun prosedur operasi standard (SOP) sejak pandemik Cov1d-19 telah menetapkan penjar4kkan fizikal (menggantikan istilah penjarakkan sosial) sekurang-kurangnya satu meter.

Pengalaman yang dilalui oleh pend4kwah bebas, Wan Dazrin Wan Din bersama isteri, Syahirah Zamhari mengenai penjar4kkan fizikal di sebuah restoran nasi lemak, menguji kesabaran pasangan itu.

“Sedang kami beratur, datang seorang perempuan di belakang saya. Ketika itu Syahirah, telah saya minta dia untuk tunggu sahaja di meja sambil saya berdiri untuk buat tempahan.

“Sudah lama beratur, hujan pula turun. Makin lama makin lebat. Jadi yang beratur tadi makin lama makin rapat,” tulisnya menerusi perkongsian di akaun Instagram @wandazrin.

Nasi lemak yang menjadi perhatian Da’i Wan dan isteri.

Wan Dazrin yang lebih dikenali sebagai Da’i Wan berkata, dia masih perlu menjarakkan diri kerana menjaga penjarakkan fizikal antara pelanggan lain.

“Bila hujan turun dengan lebat, saya yang ke belakang sikit ni lambaikan tangan sebab nak panggil Syahirah, nak beritahu tak payah makan di situ, kita bungkus sahaja.

“Dia pun datanglah pada saya. Kemudian, Syahirah nampak kedudukan saya yang agak menjauh dari barisan tadi, tapi kaki kiri saya masih saya hulurkan ke depan sebagai tanda posisi saya ketika beratur,” ujarnya.

Namun, tiba-tiba seorang wanita yang beratur di belakangnya bertindak ‘memintas’ barisan dan dengan selamba membuat pesanan.

“Sedangkan sah-sah dia patut tahu kedudukan dia yang jelas di posisi belakang saya. Sudahlah, begitu. Laju sahaja dia order macam tiada rasa bersalah dan seolah-olah giliran dia. Banyak pula tu tempahannya,” tambahnya.

Insiden di sebuah restoran memaparkan perbezaan karakter Da’i Wan (kanan) dan isteri. (gambar hiasan)

Insiden itu secara tidak langsung menunjukkan perbezaan karakter Da’i Wan yang lebih tenang berbanding isteri yang mulai ber4ng dengan tindakan melampau wanita berkenaan.

“Syahirah cukup berang. Dia pun sound (tegur) saya. Eh? Ya, saya yang kena. Dia kata ‘Daddy, it’s your turn. You yang sampai dulu. You yang patut order dulu!’ Apa lagi, akak tu pun berpusinglah tengok Syahirah.

“Tapi sayangnya, lepas sound macam tu, Syahirah terus pergi dari situ dan yang kelakarnya, akak tu boleh sambung order macam biasa. Tak de rasa bersalah pun.

“Saya pula jenis cool sahaja. Tak apalah. Syahirah punyalah mar4h dekat saya. Dia kata sabar pun kena ada tempatnya juga. Orang buat macam tu, tak rasa bersalah, tak ada common sense, mana boleh bersabar. Kena tegur, biar sedar,” katanya.

 

Walaupun saya seorang penceramah, tapi gayanya di rumah, saya yang kena ceramah oleh isteri sendiri

DA’I WAN

Menurut Da’iWan, dia kekal tenang dan sebagai lelaki adalah tidak wajar untuk memarahi wanita bagi memberi kesedaran.

“Kerana akak tu, saya yang kena mar4h sampai saya sedar. Cumanya, kalau boleh tak perlu pun diajar. Hormatlah orang yang beratur depan kita, sekurang-kurangnya mintalah maaf. Ini common sense.

“Saya tahu akak tu lapar, hujan lagi, tapi semua yang beratur tu pun lapar sebab tu semua beratur untuk membelinya,” katanya.

Luahan Da’i Wan mengenai wanita yang tidak mempunyai common sense.

Sehubungan itu, Da’i Wan menasihatkan kepada semua agar menghorm4ti orang lain dan mengetahui tentang adab ketika beratur dan pada masa sama mematuhi SOP.

“Bila orang duduk jauh dari line beratur, bukan sebab lain sekarang ni, tapi semata nak jaga social distancing. Ingatlah tentang tu. Syahirah dok mar4h akak tu dari dalam kereta sampai habis nasi lemak tu kami makan.

Post ni wujud pun sebab dia suruh saya sampaikan kepada rakyat Malaysia. Walaupun saya seorang penceramah, tapi gayanya di rumah, saya yang kena ceramah oleh isteri sendiri.

“Sabar itu perlu kena pada tempatnya ya. Untuk orang yang potong queue dan tak tahu common sense layak bagi sekali tamp4ran berbentuk teguran biar sedar, sebab kalau berdiam, mereka takkan rasa bersalah dan mungkin akan buat lagi,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Kisah saya, isteri, & nasi lemak. Malam ni, kami kelaparan sebenarnya. Selepas pulang dari rumah ibu mertua saya, kami pun berpusing mencari kedai makan sehinggalah bertemu dgn sebuah restoran nasi lemak. Dari jauh sudah kelihatan orangnya ramai. Mungkin sedap masakan restorannya. Maka kami pun sepakat utk singgah. Bila dah sampai, check in guna phone semua, kami pun beratur. Sedang kami beratur, datang seorang perempuan dibelakang saya. Syahirah, telah saya arahkan dia utk tunggu sahaja di meja sambil biarkan saya berdiri utk buat tempahan. Sudah lama beratur, hujan pula turun. Makin lama makin lebat. Jadi yang beratur tadi makin lama makin rapat. Saya pun jarakkan diri sebab nak jaga Social Distancing. Bila hujan turun dgn lebat tu, saya yg kebelakang sikit ni pun, lambaikan tangan, sbb nak panggil Syahirah, nak bagitahu yg tak payah makan di sini, kita bungkus shj. Syahirah perasan. Dia pun dtglah pada saya. Kemudian, Syahirah nampak kedudukan saya yg agak menjauh dari Queue tadi, tapi kaki kiri saya masih saya hulurkan kedepan sebagai tanda posisi saya ketika beratur. Semua ok pada asalnya sehinggalah datang seorg kakak ni. Yg bertindak tak sepatutnya. Dia beratur dibelakang saya, tetapi tiba2 dia pergi ‘Order’ dulu. Sdgkan sah-sah dia patut tahu kedudukan dia, dan jelas berada diposisi belakang saya. Sudahlah, begitu. Laju sahaja dia order macam tiada rasa bersalah dan seolah-olah giliran dia. Banyak pula tu tempahannya. Di sinilah beza karakter saya & Syahirah jelas terpampang. Syahirah cukup berang. Dia pun ‘Sound’ saya. Eh?😂 Ya, saya yang kena. Dia kata : ‘Daddy, it’s your turn. You yg sampai dulu. You yg patut order dulu!’ Apa lagi, akak tu pun berpusinglah tengok Syahirah. Tapi sayangnya, lepas ‘Sound’ mcm tu, Syahirah terus pergi dari situ dan yang kelakarnya, akak tu boleh sambung order mcm biasa. Tak de rasa bersalah pun. Dari sisi saya, saya pula jenis ‘Cool’ shj. ‘Takpelah’. Syahirah punyalah marah dkt saya. Dia kata ‘Sabar pun kena ada tempatnya juga’. Orang buat macam tu, tak rasa bersalah, tak de common sense, mana boleh bersabar. Kena tegur, biar sedar.

A post shared by Da’i Wan (Official) (@wandazrin) on

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "Da’i Wan Dimar4h Bini – “Layak Sekali Ditegur, Biar Sedar”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*