Ameera Samakan Air Sungai Kelantan Dengan Teh Tarik, Ini Reaksi Padu Dari Netizen

Pulang ke kampung halaman di Kelantan baru-baru ini, perkongsian personaliti media sosial, Ameera Khan menjadi perhatian ramai apabila gadis itu berkongsikan foto air sungai di Kelantan ketika berada di dalam penerbangan.

Apa yang menjadi bualan apabila Ameera menyamakan air sungai di Kelantan seperti teh tarik. Menerusi kapsyen, Ameera berkata jika tak nampak macam teh tarik bermakna anda bukan berada di Kelantan.

“Kalau ia tak nampak macam teh tarik, anda bukan di Kelantan,” tulisnya.

Foto yang dikongsikan oleh Ameera itu jelas kelihatan aliran sungai di negeri itu yang berwarna kuning dan keruh, sama seperti air teh susu.

Diruangan komen, rata-rata netizen terhibur dan bersetuju dengan gurauan Ameera itu. Malah, netizen mengatakan air sungai di Kelantan menjadi kuning gara-gara aktiviti pengondolan hutan dan kegiatan pembalakan yang semakin berleluasa.

Tidak kurang juga ada segelintir netizen turut memberi nama lain dengan menyamakan air sungai Kelantan dengan teh beng dan Chai.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: ROTIKAYA

Be the first to comment on "Ameera Samakan Air Sungai Kelantan Dengan Teh Tarik, Ini Reaksi Padu Dari Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*