Usia semakin meningkat, Neelofa akuii sudah masa untuk berk4hwin

PERNAH beberapa kali dikatakan bakal berkahwin, selebriti terkenal Neelofa memberitahu dia tidak akan berkongsi perkara itu selagi belum ada kepastian.

Bagaimanapun Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 31, berkata, dia memberitahu berita gembira itu kepada umum sekiranya sudah mempunyai perancangan ke arah itu.

Bekas pengacara program MeleTOP ini juga memohon agar tiada lagi g0sip berhubung soal kahwin namun berharap orang ramai mendoakan dia bertemu pasangan yang baik.

Sejak kebelakangan ini Neelofa dilihat semakin rapat dengan PU Riz.

“Soal kahwin ini, bagi saya terlalu banyak sangat versi cerita dan pernah juga dikaitkan dengan beberapa orang sebelum ini. Saya tidak akan berk0ngsi atau berikan kata pvtus selagi perkara itu (kahwin) belum terjadi dalam hidup saya.

“Tapi saya akan beritahu rakan media kalaulah perkara yang baik ini akan berlaku. Saya gemar untuk berkongsikan ia dengan semua orang. Apa yang boleh saya minta sekarang ialah doa yang baik.

“Doa agar saya menjadi anak, bertemu jodoh dan isteri yang baik. Itu saja yang saya minta. Tak mahulah orang buat gosip, buat tel4han itu dan ini,” kata Neelofa kepada mStar.

Neelofa ditemui ketika sidang media pelancaran program temu bual terbaharu berjudul Next To Neelofa di Alexis, Bangsar Shopping Central, Kuala Lumpur pada baru-baru ini.

 

Kalau nak diikutkan pada usia saya sekarang, memang sudah logiklah untuk berkahwin.

NEELOFA

PELAKON, PENGACARA & USAHAWAN

Sebelum ini, Neelofa dikatakan mempunyai hvbungan istimewa dengan Pencetus Ummah (PU) Riz atau Haris Ismail selepas mereka kelihatan rapat sejak Ramadan lalu.

Menerusi laporan mStar pada 24 Julai lalu, Neelofa menjelaskan dia sudah mengenali Riz sejak tiga tahun lalu dan mereka sudah beberapa kali bekerjasama dalam program sebelum ini namun tidak mendapat perhatian.

Hubungan mereka dikatakan semakin rapat sejak Ramadan lalu apabila pelakon filem Ada Apa Dengan Dosa itu sering menjadi imam solat tarawih dan menyampaikan t4zkirah di kediaman Neelofa.

Neelofa menyedari usianya kini sesuai untuk ditanya soal kahwin.

Dalam pada itu, Neelofa memberitahu dia mungkin akan mendirikan dalam masa tiga atau empat tahun lagi dan menyedari usianya kini memang sesuai untuk ditanya soal kahwin.

“Kalau nak diikutkan pada usia saya sekarang, memang sudah logiklah untuk berkahwin. Memang relevan untuk ditanya hal itu. Sejujurnya, saya mungkin akan mendirikan rumah tangga dalam tiga atau empat tahun lagi.

“Sebab mengenangkan komitmen lain yang perlu saya selesaikan. Bagaimanapun ia mengikut kepada situasi, misalnya apa yang berlaku sekarang dan sebagainya,” ujarnya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: mstar

Be the first to comment on "Usia semakin meningkat, Neelofa akuii sudah masa untuk berk4hwin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*