Pelukis Aut1sme Ini Bangga Lakaran Wajah Pada Botol Sampai Ke Tangan DG Noor Hisham

Bertuahnya badan jika seorang pelukis itu mendapat perhargaan atas karya yang dihasilkan. 

Bagi seorang jejaka berusia 27 tahun ini, dia tidak menyangka lukisan wajah Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah (DG Hisham) dapat membawanya bertemu dengan figura yang layak digelar hero negara itu. 

Bakat Luqman Hakim Mohd Khialdin, seorang pelukis yang mengh1dap high funtioning auti1sm diiktiraf oleh pihak Starbucks sehingga lukisan wajah DG Hisham terpahat pada sebuah botol. 

Menurut Luqman, Starbucks menjadi lokasinya untuk melukis setiap hari dan menerima kejutan daripada jenama minuman itu cukup membuatnya gembira. 

“Saya sering melakukan kerja kerja melukis saya di Starbucks. Boleh dikatakan pada setiap hari saya berasa tidak sabar untuk ke starbucks bagi menunaikan tugas saya dalam melukis. 

“Suatu hari saya melukis wajah DG Hisham sebagai tanda bangga terhadap pencapaiannya. Saya terkejut perkara itu menjadi tular di media sosial sehingga pihak HQ Starbucks menghubungi saya untuk memberikan kejutan,” jelas Luqman ketika dihubungi Gempak. 

Bagi graduan diploma kreatif multimedia di Kolej Universiti Insaniah ini lagi, dapat melihat DG Hisham di depan mata dan menyerahkan botol Starbucks yang terlakar wajah beliau tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. 

“Pertemuan ini berlaku dengan hasil usaha dan bantuan pihak Starbucks Malaysia. Saya berasa begitu gembira dan teruja kerana berjumpa dengan seseorang yang banyak berkorban menentang w4bak pandemik C0v1d-19.  

“Saya terus menyerahkan tumbler dan cawan itu kepada DG Hisham. Beliau berasa gembira dan berkata saya amat berbakat dan saya boleh pergi lebih jauh. 

“Saya juga rasa sebak hasil usaha selama 10 tahun tidak sia sia. Ia bukan perjalanan yang mudah tetapi sebuah perjuangan yang berbaloi untuk ditempuhi bagi memberi inspirasi kepada orang ramai bahawa tiada apa yang mudah tetapi kita mesti terus berusaha untuk bekerja keras demi membangunkan negara,” jelas Luqman lagi. 

Lebih istimewa apabila DG Hisham turut memberikan kata-kata peransang kepadanya untuk membvktikan pes4kitautisme juga boleh berjaya. 

“Beliau kata saya mampu jadi contoh kepada pengh1dap aut1sm lain bagi menghadapi cabaran dalam hidup. 

“Dengan kata kata beliau, saya berasa dapat memberikan harapan kepada pengh1dap autsim lain bahawa kec4catan bukan penghalang tetapi batu loncatan dengan menggunakan cabaran hidup untuk membentuk karakter ke arah yang lebih baik,” ujarnya lagi. 

Bergelar pelukis sepenuh masa, Luqman berpesan agar semua ibu bapa yang mempunyai anak aut1sme untuk tidak berputus asa. 

“Saya dilatih oleh ibu bapa untuk disiplin. Paling penting dapatkan r4watandan oemataiuan dari doktor. Doktor di Malaysia melakukan tugas yang sangat baik dalam membantu peng1dap aut1sm. 

“Ia tidak mudah bagi saya mengawal 1su tertentu seperti tantrum. Tetapi dengan latihan selama 10 tahun  akhirnya ia berhasil. 

“Jadi pengajaran di sini kepada ibu bapa yang mempunyai Anak autism di luar sana teruskan berusaha dan jangan berputus asa asalkan  ada usaha yang berterusan,” kata Luqman sebagai penutup. 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "Pelukis Aut1sme Ini Bangga Lakaran Wajah Pada Botol Sampai Ke Tangan DG Noor Hisham"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*